BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 25 November 2009

Fikir Sebelum Buat

Salam buat sahabat sekalian…

Keputusan hari percalonan dah kita ketahui…

Bagi pencalon-pencalon yang mencalonkan nama-nama yang mereka rasakan sesuai…tetapi tak tersenarai….

La Tahzan…tiada rezeki kita untuk tahun ini, mungkin sahabat-sahabat lain boleh cuba lagi untuk tahun hadapan….

Senarai bagi calon PCM 09/10 dah dikeluarkan…

Bagi calon Pengerusi…kedua-duanya sama-sama hebat…sama-sama mantap…

Semoga pilihan kita semua nanti menndapat rahmat dari Allah S.W.T.

Bagi calon-calon AJK untuk ikhwah…

Semuanya mantap-mantap belaka…bergantung pada kita untuk menilai

Kerana kita semua adalah orang-orang yang terpilih untuk berada di Mansurah.

Jangan sampai kita salah memilih calon, kelak kita dan sahabat-sahabat lain juga yang akan merasa tempiasnya….

Dari 12 calon ikhwah…7 sahaja yang perlu dikekalkan…

Sukar untuk membuat keputusan yang terbaik..

Akan tetapi, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini perlu juga memilih bagi melantik seorang ketua bagi memimpin kita semua terutamanya sahabat-sahabat Tibb di Mansurah.

Janganlah selepas MTC, banyak bunyi-bunyi yang tidak elok didengar kedengaran di belakang tabir…

Apa yang terbuku dihati, lepaskan semua semasa MTC berlansung kerana di sanalah masa dan tempat untuk kita mengeluarkan usul dan pendapat kita sebagai salah seorang Tibbian yang matang.

Diminta turun untuk mencalon, tak pergi….diminta turun ke MTC, pun tak pergi jugak…taip selepas AJKT baru diumumkan…kita pula yang banyak bunyi….itu la…ini la….semua benda tak puas ati…

Kta semua ada hak untuk bersuara dalam perkara ini…(kat MTC)

So, jalankan tanggungjawab sahabat-sahabat sekalian supaya tak menyesal di kemudian hari…


SALAM EIDUL ADHA~~

SEMUA BERADA DITANGAN ANDA (^_^)


dari : tanganyangmenaip

0 comments: