Salam perpaduan buat semua penjenguk sekalian sekali lagi, saya ingin menyatakan hasrat ‘’kami’’ semua ahli PCM yang berada di bawah-sebawahnya inginkan AJKT yang bukan sahaja berdedikasi, tetapi apabila ia menaiki “takhta “ AJKT tersebut maka dirinya tidak dicaci ,tidak diumpati, tidak dikatai dan tidak rasa ‘’syok sendiri’’ malah dia akan rasa semakin merendah diri bukan hipokrit dan bukan meninggi diri .
‘’Bahawa aku ni AJKT kawan-kawan ku yang lain walaupun sebaya mesti menghormati aku , aku bukan seperti dulu orang yang sama ,yang rendah yang tiada kepentingan sebelum aku menang jawatan AJKT itu, MEREKA mesti ” thiqoh” padaku ,janganlah ada walaupun sebesar mana pun sifat ego dan ‘’x’’ ini di dalam hati pimpinan , pimpinan mestilah turun padang selalu berjumpa dengan anak-anak buah dan tidak duduk terperap di rumah dengan saratoga dan laptopnya , asyik dengan internet yang tidak seberapa laju itu…
Jauhi perpecahan dan layaklah kiranya saya katakan mana-mana yang inginkan perpecahan tidak layak untuk hidup di bumi ini @bumi ardhul kinanah ini , jagalah hati dan diri saudara , hindarilah unsur-unsur ini , dan kepada bakal pimpinan janganlah rasa gah, sentiasalah muhasabah diri sentiasalah pergi belajar agama, madrasah ada , ustaz-ustaz ada, apa lagi yang anda kehendaki sebenarnya???
Di dalam bab perjuangan PCM sebagai hadaf mestilah kita mempersiapkan saf kepimpinan yang berkesan ,jitu, dan mewujudkan 1 fikrah 1 amal, dan janganlah kita sebagai pimpinan dan ahli menjadi seperti “kemuncup dalam perjuangan” ini. Janganlah kita menaikkan pimpinan dengan pujian yang melampau dan menggeli – geleman kan hati, sehingga mereka lena dibuai oleh pujian yang melangit tinggi, Nauzubillah.
Jika saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung, memang betul tetapi jika kita lah paling layak maka apa salahnya, yang dilihat adalah gaya persembahan kepimpinan itu berkesan untuk merapatkan jurang yang ada, biarlah ada kelainan dari segi “cara pemerintahan” di dalam PCM akan datang, lakukan transformasi di dalam PCM.
"Salam perpaduan "
“Ahli yang menagih ukhuwah’’
Wednesday, 25 November 2009
Aku Pun Tahu 1.
Posted by Senyuman Ragamu at 06:26 0 comments
Fikir Sebelum Buat
Salam buat sahabat sekalian…
Keputusan hari percalonan dah kita ketahui…
Bagi pencalon-pencalon yang mencalonkan nama-nama yang mereka rasakan sesuai…tetapi tak tersenarai….
La Tahzan…tiada rezeki kita untuk tahun ini, mungkin sahabat-sahabat lain boleh cuba lagi untuk tahun hadapan….
Senarai bagi calon PCM 09/10 dah dikeluarkan…
Bagi calon Pengerusi…kedua-duanya sama-sama hebat…sama-sama mantap…
Semoga pilihan kita semua nanti menndapat rahmat dari Allah S.W.T.
Bagi calon-calon AJK untuk ikhwah…
Semuanya mantap-mantap belaka…bergantung pada kita untuk menilai
Kerana kita semua adalah orang-orang yang terpilih untuk berada di Mansurah.
Jangan sampai kita salah memilih calon, kelak kita dan sahabat-sahabat lain juga yang akan merasa tempiasnya….
Dari 12 calon ikhwah…7 sahaja yang perlu dikekalkan…
Sukar untuk membuat keputusan yang terbaik..
Akan tetapi, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini perlu juga memilih bagi melantik seorang ketua bagi memimpin kita semua terutamanya sahabat-sahabat Tibb di Mansurah.
Janganlah selepas MTC, banyak bunyi-bunyi yang tidak elok didengar kedengaran di belakang tabir…
Apa yang terbuku dihati, lepaskan semua semasa MTC berlansung kerana di sanalah masa dan tempat untuk kita mengeluarkan usul dan pendapat kita sebagai salah seorang Tibbian yang matang.
Diminta turun untuk mencalon, tak pergi….diminta turun ke MTC, pun tak pergi jugak…taip selepas AJKT baru diumumkan…kita pula yang banyak bunyi….itu la…ini la….semua benda tak puas ati…
Kta semua ada hak untuk bersuara dalam perkara ini…(kat MTC)
So, jalankan tanggungjawab sahabat-sahabat sekalian supaya tak menyesal di kemudian hari…
SALAM EIDUL ADHA~~
SEMUA BERADA DITANGAN ANDA (^_^)
dari : tanganyangmenaip
Posted by Senyuman Ragamu at 03:23 0 comments
Tuesday, 24 November 2009
Calon Pengerusi PCM!!! Kami sokong semua yang dikira layak!!!

calon pengerusi !!!Anda rasa mana yg berkenan , silakan!
Jangan main-main!! ini bukan benda enteng untuk kita semua ! kita nak jaga perpaduan ,dan nak jaga kebajikan pelajar Mansurah dan keseluruhannya , semoga pilihan kita tepat! choose the right one!!!
Posted by Senyuman Ragamu at 16:16 0 comments
Muqaddimah.
Senarai Pertama Calon Bertanding:
KEPUTUSAN PENCALONAN
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH 2009/2010
JAWATAN : PENGERUSI
1. MUHAMAD HANIF BIN MAHAMUD
2. MUHAMMAD IKRAM B ISHAK
JAWATAN : TIMBALAN PENGERUSI 2
1. NUR LIYANA BINTI CHE ALI
2. SYAMILAH BINTI MOHAMAD
JAWATAN : AJK LELAKI
1. AHMAD AZIZI BIN MD JUSOH
2. AHMAD BAIHAQI B SAHARUN
3. KHAIRUNNA'IM BIN HANIFUDDIN
4. MOHAMMAD RAFIQ B. ABDUL HIR
5. MOHD ADLI JIHAD B MOHD BUSTAMIN
6. MOHD IZZUL AKMAL BIN IBRAHIM
7. MOHD ZAIM BIN ABDUL AZIZ
8. MUHAMAD AKRAM BIN AMIRU'D-DIN
9. MUHAMAD MU'AZ BIN MUSTAPA
10. MUHAMMAD ABU UBAIDAH B MUSTAPA KAMAL
11. MUHAMMAD MUDDASSIR B ABDUL RAHIM
12. W MD SYAZANI AL FARUKI
JAWATAN : AJK PEREMPUAN
1. AZIMAH BINTI ZAHARI
2. FAUZANA ZAHRA BT JOHARI
3. IMAN BT NOR GHANI
4. KHADIJAH BINTI ABDUL AZIZ
5. MUFIDAH BT BUNYAMIN
6. NOR RADZIAH BINTI MOHD SALLEH
7. NURUL ‘ADILAH BINTI SHUHARDI
8. NURUL HAFIZA BINTI MOHD AZMI
9. NURUL YAZMEEN BINTI ALIAS
10. SITI FATIMAH BT MAROSADEE PATAEPANNANG
11. SYAIDATUL SYAKILA BT AINI B
Posted by Senyuman Ragamu at 16:10 0 comments
