Salam perpaduan buat semua penjenguk sekalian sekali lagi, saya ingin menyatakan hasrat ‘’kami’’ semua ahli PCM yang berada di bawah-sebawahnya inginkan AJKT yang bukan sahaja berdedikasi, tetapi apabila ia menaiki “takhta “ AJKT tersebut maka dirinya tidak dicaci ,tidak diumpati, tidak dikatai dan tidak rasa ‘’syok sendiri’’ malah dia akan rasa semakin merendah diri bukan hipokrit dan bukan meninggi diri .
‘’Bahawa aku ni AJKT kawan-kawan ku yang lain walaupun sebaya mesti menghormati aku , aku bukan seperti dulu orang yang sama ,yang rendah yang tiada kepentingan sebelum aku menang jawatan AJKT itu, MEREKA mesti ” thiqoh” padaku ,janganlah ada walaupun sebesar mana pun sifat ego dan ‘’x’’ ini di dalam hati pimpinan , pimpinan mestilah turun padang selalu berjumpa dengan anak-anak buah dan tidak duduk terperap di rumah dengan saratoga dan laptopnya , asyik dengan internet yang tidak seberapa laju itu…
Jauhi perpecahan dan layaklah kiranya saya katakan mana-mana yang inginkan perpecahan tidak layak untuk hidup di bumi ini @bumi ardhul kinanah ini , jagalah hati dan diri saudara , hindarilah unsur-unsur ini , dan kepada bakal pimpinan janganlah rasa gah, sentiasalah muhasabah diri sentiasalah pergi belajar agama, madrasah ada , ustaz-ustaz ada, apa lagi yang anda kehendaki sebenarnya???
Di dalam bab perjuangan PCM sebagai hadaf mestilah kita mempersiapkan saf kepimpinan yang berkesan ,jitu, dan mewujudkan 1 fikrah 1 amal, dan janganlah kita sebagai pimpinan dan ahli menjadi seperti “kemuncup dalam perjuangan” ini. Janganlah kita menaikkan pimpinan dengan pujian yang melampau dan menggeli – geleman kan hati, sehingga mereka lena dibuai oleh pujian yang melangit tinggi, Nauzubillah.
Jika saya berkata, menolak jawatan adalah kemuliaan yang disanjung, memang betul tetapi jika kita lah paling layak maka apa salahnya, yang dilihat adalah gaya persembahan kepimpinan itu berkesan untuk merapatkan jurang yang ada, biarlah ada kelainan dari segi “cara pemerintahan” di dalam PCM akan datang, lakukan transformasi di dalam PCM.
"Salam perpaduan "
“Ahli yang menagih ukhuwah’’
Wednesday, 25 November 2009
Aku Pun Tahu 1.
Posted by Senyuman Ragamu at 06:26
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment